Bijakkk Bijakkk !!

Assalamualaikum ^^,

Haa haaa neh kesinambungan cerita Pensil Box yang hilang tuh kannnnn = = Adaaa laa sorang mamat yang bijak lagi baik hatiii ni pergi menyedekahkan kesemuaaaa pen2 dan barang2 yang ada dalam pensil box tuuu! Memang bijak kannnn.. 
Agak laa nak sedekah kan tuu carik la dulu sape tuan punya pensil box tuuu = = 

Erghhhh !! Sakit hatiiii >.<


Grrrr !

p/s: sape nak tahu full vision dia klik ni


* Wasallam

1st Week di Melaka

Ehem2 !! Assalamualaikum :DD

Haa tudiaaa... dah seminggu sudah di melaka tanpa internet dan dannnn memulakan perjalanan hidup sebagai student di Kampus Bandaraya Melaka :DD Haaa ambekkk.. First2 class dah kene memanjat tangga sampai ke tingkat 8 ! Disebabkan Liff keramaian student yang dok tunggu = = cettt ~ 
Sempot2 laaa hape lagii an >.< Dah sampai kelasss seb baik ada econ ! 
Menggegel plakk lepas tu.. adess = =

P/s: Kalau nk tahu den neh haa tak suka bawak sweater ^^, 
Memberatkan beg ja kan kan :DD

Haa sambung cerita, kononnya first class p la awal sikit an dlm 15minit awal...
 Dok la tunggu lecturer MGT masuk dah around 20min pun tak muncul2 lagi lec nyee.. Haa pe lagiii memaseng pun balekk laaa.. Dah tader lecturer kan nk watpe tunggu lagi ^^, Ye x :DD 
Tapi yang tak best nye timetable hari isnin ada kelas malam lak tuuuu bersama EN IDRIS = = huuuu >.< muka siyes manjang... Dia buat lawak pun xdan nak gelakk.. hukhuk ! 

Hee ! Camneh kott ngupe siyess nyee ^^,


Okeh , Then cerita yang len plakk.... Hari rabu ari tuu housemate ada belanja steamboat kat Johnny tempat dia bekerja part time masa cuti 4 bulan rituh :DD dah nama pun kerja kat situ kompem2 la ada diskaun kann ! Haaa tuh yang dia dok belanja kami bersepuluh orang ^^, Mekasih yee kepada cik Ili Farhana kite neh :DD


Hee ^^,

Haa masa p Johnny dekat DP tuh dok la naik kereta Myvi, kereta kepada member BF nyee Afiqah Rahmat a.k.a Kimo :DD Dah sampai ke park kete dok la letak2 buku semua lam kete tuh, xkan laa nk bawak jugak kott p ke DP tuh an = = dengan botol ayo n pensil box saya lotak kat bawah kaki >.< Time nak balek ke rumah dah malam sudaaa = = sebab nya acara makan2 tu selepas magrib.. hee , saya laaaa yg dijadikan mangsa untuk drive balik ke rumah ^^, Haisyyy ~ 

Hah ! time tuh sempat gak laaa sesat2 di Jonker Walk.. miahaha ! 
neh semua mynord punya pasal salah tunjuk jalan... bwahaha :DD Tapi pusing punya pusing ~ akherrrnyaaaa sampai jugakkk di rumah ^^, TAPIIIII !! yang nak dijadikan ceritaaaaa, my pensil box tertinggal dalam kete tuuuu o(╥﹏╥)  Kalau setakat botol ayoo tertinggal tak kesah la jugakk ! neh pensil box = = Memacam kottt ada lam pensil box tuuu.. Dah laa kete tuh suda kembali ke tuan asal nyee >.< Da ask to kimo suruh tengok2 kan semulaaaa,, katenyaaa xdakkk... huwarrrrr 
o(╥﹏╥)o  xkan laaa nak kata saya neh hilang ingatan kottt tak ingat letak pensil box tu dekat maneee... sobs sob.. sampai la neh tak jumpa pensil box lagii 

>.<" pLsssss jangan wat reteeee yeee o(╥﹏╥)o


Sobs sobs 
Agak2 boleh tak dapat balik my pensil box = =

* Wasallam 

Jom masuk senarai Bloglist RJ Jengking ^^,


* LoL ^^, Jom2 Join :D

Wawawawa

Ehem2 !! Assalamualaikum :DD

Haaa tudiaaaa.. wawawa pasay pa ? Aaaa tuh pasay hari neh yang bertarikh
11 September 2011 
Mao balek semula ke Melaka = = Yakni tempat bersanggah untuk menimba ilmu...ecewahhh :DD aiyeee... 
mao balek ke rumah sewa sudaaa... Jumpa laaaaa lagi bunyik bising2 kereta lalu lalang.. 
dengan ambulans nya lagii.. adoi = =

Percayalaaaa pada dirikuuu dengan harapannnn dan kenyakinannnnn :cry:


Bermulalah esokkk aktiviti mengemas rumah sewa.. miahaha.. Adoii = =
sokmo kemas rumah pun berhabuk jugakk >.< Grr



Dah2 ! Nak conference lagi.. miahaha..

* For u anata , sayam kamoo ler ^^,

Kad Prabayar !!

Jeng jengggg !! Ehem2 !! Assalamualaikum ~

Hah ! nidiaaaaa ~ Harga topup nak naik sudaaaa...
Habehhh laaa satgi sesiapa yang menggunakan Kad Prabayar termasuk laaa SAYA sendiri ~ adehh >.<


Pelanggan yang dihargai, kami ingin memaklumkan bahawa berkuatkuasa 15 September 2011, cukai perkhidmatan sebanyak 6% akan dikenakan bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar. Cukai perkhidmatan berkenaan sebelum ini ditanggung oleh syarikat-syarikat telekomunikasi. Cukai perkhidmatan yang dikenakan ini adalah menurut undang-undang cukai perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang berikut.

1. Apakah cukai perkhidmatan yang dimaksudkan di sini?
• Cukai perkhidmatan ini adalah cukai penggunaan dan dikenakan ke atas para
pelanggan, seperti yang dinyatakan dalam undang-undang cukai perkhidmatan.
• Undang-undang cukai perkhidmatan memerlukan syarikat-syarikat telekomunikasi
mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar yang dinyatakan ke atas perkhidmatan
telekomunikasi yang diberikan, termasuklah tambah nilai prabayar dan pek permulaan.
• Bagaimanapun, syarikat-syarikat telekomunikasi telah menanggung kos cukai
perkhidmatan ini sejak perkhidmatan prabayar mula diperkenalkan pada tahun 1998.
• Bermula 15/9/2011, syarikat-syarikat telekomunikasi akan mengenakan cukai
perkhidmatan pada kadar 6% bagi pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan.
• Berkuatkuasa 1 Januari, kadar cukai perkhidmatan adalah 6%. Sebelum tarikh 1 Januari
2011, kadar tersebut adalah sebanyak 5%.


2. Mengapakah syarikat anda mengenakan cukai ini sekarang sedangkan syarikat anda telahpun
menanggung kos tersebut selama ini?
• Menurut undang-undang cukai perkhidmatan, tambah nilai prabayar dan pek permulaan
adalah tertakluk untuk dikenakan cukai perkhidmatan. Cukai ini adalah sama seperti yang
dikenakan pada pembelian makanan daripada restoran dan hotel-hotel, sebagai contoh.
• Perkhidmatan prabayar merupakan satu-satunya perkhidmatan di mana cukai
perkhidmatannya ditanggung oleh syarikat telekomunikasi, dan bukannya pelanggan.
• Bagaimanapun, syarikat-syarikat telekomunikasi telah menanggung kos cukai
perkhidmatan ini sejak perkhidmatan prabayar mula diperkenalkan pada tahun 1998.
• Sebelum ini, caj panggilan prabayar dan SMS adalah pada kadar yang lebih tinggi dan
ianya telah menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Contohnya, sebelum ini
semasa perkhidmatan ini mula diperkenalkan, pelanggan perlu membayar RM0.60
seminit tetapi hari ini, kadarnya adalah serendah RM0.12 sen seminit. Manakala bagi SMS,
kadarnya telah menurun daripada RM0.20 kepada serendah RM0.01 dan MMS sebelum ini
dicaj RM0.50 dan sekarang serendah RM0.10.
• Selain itu, pelanggan kini menikmati pelbagai promosi seperti masa berbual percuma dan
kredit bonus sebagai sebahagian daripada faedah menjadi pelanggan prabayar.


3. Dengan kadar cukai perkhidmatan yang baru ini, berapakah yang perlu saya bayar?
• Cukai perkhidmatan sebanyak 6% ini akan dikenakan pada peringkat jualan bagi setiap
pembelian tambah nilai prabayar mudah alih dan pek permulaan.
• Sebagai contoh, apabila anda membeli tambah nilai prabayar mudah alih bernilai RM10,
anda perlu membayar sebanyak RM10.60 dan akan menerima kredit prabayar bernilai
RM10. Tambahan sebanyak 60 sen tersebut adalah cukai perkhidmatan yang dikenakan.
Sila merujuk jadual berikut untuk lebih keterangan.
(tengok jadual pada gambar).

4. Adakah cukai perkhidmatan ini akan dikenakan ke atas semua pek permulaan dan tambah nilai
prabayar mudah aiih?
• Ya, berkuatkuasa 15 September 2011, semua pek permulaan dan tambah nilai prabayar
mudah alih adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan 6% KECUALI kit permulaan, kad
sim dan hot ticket Internet pra bayar Maxis.


5. Adakah saya masih boleh menambah nilai di semua saluran yambah nilai prabayar mudah alih?
Ya, kecuali penambahan nilai melalui
• ATM
• Perbankan Internet
• Mesin Deposit Tunai
• Kiosk Pembayaran Elektronik


6. Jika saya tinggal di kawasan bebas cukai, adakah saya masih dikenakan cukai?
• Pembelian pek permulaan dan tambah nilai prabayar mudahalih di kawasan bebas cukai seperti
Labuan, Langkawi dan Tioman adalah dikecualikan daripada cukai perkhidmatan 6%



Tragedi Hari kHamis !

Oh Makkkkkkkkkkkkkkkkkk !!!


JARIKU TERSEPIT PINTU KERETAAAAAA !! 


Huuuuuu o(╥﹏╥)o
Sakettttt k0ttt o(╥﹏╥)o


Wordless Wednesday 3

Ehemmm ehemm Ehem !



* SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

whateverrrrr !!

Assalamualaikum :DD

Hurm2 ~ ari neh masuk sudaaa 6 Syawal bermakna sudah 6 hari kita beraya :DD Haaa ! Korang raya sakan kee ?? ! dapat wet raya banyak tak neh ? ! Tudiaaaa ~ kompem berkepok2 kannnn korang kannn ^^, 

Ermm = = takde ape nak diceritakan sangat.. Hari sabtu semalam ada la jugak p bandar jalan2 kat Wetex Parade Muar tu... Jalan2 punya jalan jumpa la member.. Borak2 kejap okeh chaw ! Then niat utama nak ke bandar tu nak beli novel la kan apeee lagi ! muekeke :DD 
Haaa amekkk kaw ! sekali balun 2 novel terus ~ Mata dah dok kelabu asap dah neh nak pilih yang mana satu.. baca sinopsis yang neh macam best... baca sinopsis yang len plakkk cam best jugak.. Grrr ! payah tul laa lau baca semua rase nak beliiii jaaa :DD hee tapi xdan la kannn nak amek semua kannn ^^, Haa dok la p membeli AKULAH CINDERELLA dan YES BOS ! layannnnnkan sajeee hati neh nak yang mana :)

Then, lepas dapat novel tu terpandanglah Angrybird kat salah satu shop neh.. uyohhh !! banyak seyy ! wahaha :DD Terkenan plakk kat gambaq2 angrybird ^^, Cekau2 lerr nak yang manaaa ! Beliii jangan ta beli ! Y0sh !!!! 

Penat berjalan ~ Mekdi tymeee ! Itadakimasss ^^,

Hereee :DD

Angrybird :D

McChicken sudaaa :DD

Apeeeeee >.<"


*p/s: Can i say dat i'm REALLY miss my anata right now ! Sob sobs T^T 


Riang Ria Raya 1

Taraa !! Assalamualaikum :DD

Korang ape cita raya first neh ? ada best ta ?! adeh = = 
Tahun neh rasa ketidakmeriahan la plak raya neh.. Selalu nya raye 1st kite orang sekeluarga memang berangkat ke kampung mak di Pagoh.. P dengan adik beradik semua dalam 3 4 buah kereta masing2 dengan family dia orang.. Tapi tahun neh just 2 buah kereta saje = =" Disebabkan abang yang sulung beraya di rumah wife dia di Kuala Terengganu dan abang yang lagi sorang tu kene Duty di Kem.. Tinggal laa akak dengan family dia dan saya, mak, abah dengan adik bongsu >.<" 

Grr ~ Terasa ketidakmeriahan mendengar sore anak2 buah gado = =

Gelagat Anak akak ketika disuruh bergambar ^^,


















Malam Raya 29hb Ogos 2011

Assalamualaikum ~

Haa ! memalam raya apa lagi kan yang adaa... Memaseng dok merayau la yang dok kampung tu.. LoL ^^, Dengan yang main mercun, main meriam nye tu... Haisyyyy ~ memang tak senyap kampung sekejap ! hoho :DD

Haa ~ Tengok2 jelaa gambaq yang ada neh naa :DD


Kelam kelibut ja rumah >.<


Lapang ja rumah bila maseng2 tak balek raya = =

Adik with Anep tgok orang main bunga api :DD

Pin pinnn !! Jenjalan puseng kampung sat ^^,

erghhh !! Entah sape la neh = =


video
Layanssss ~

* Wasallam :DD

Macam2 peel laa :DD

hee ~ Assalamualaikum :DD
Haisyyy ! Raya2 neh tak sempat plak nak update blog.. bwahaha :DD


Saje nak kongsi neh haaa gelagat pakcik a.k.a Dark Eyes  yang tarak keja neh ! bwohoho :DD

Komen sampai beratus tapi neh jee yang ada... wahaha !


up